Cara Masak

Nasi Dagang Terengganu

Warisan Tok Wan

NASI DAGANG

Bahan-bahan Untuk Beras 0.5Kg

  1. 850ml santan=1 kelapa (sederhana pekat)
  2. 1 sudu kecil garam
  3. 1/2 sudu kecil gula
  4. 3 ulas bawang merah kecil-dihiris halus
  5. 1 inci halia-dihiris halus
  6. Halba

Cara Masak: Masak seperti biasa dalam rice cooker.

  1. Basuh beras nasi dagang seperti biasa. (tidak perlu rendam)
  2. Masukkan dalam periuk beras, santan, garam, gula, bawang, halia dan halba.
  3. Masak seperti biasa
  4. Bila sudah masak. Gaulkan perlahan2 dan tutup dan biarkan 5 minit selepas itu buka penutup periuk supaya nasi dagang sejuk.
  5. Hidangkan di atas daun pisang untuk aroma nasi dagang asli.
  • Nasi dagang enak dimakan sejuk.
  • Untuk beras 1/2kg =ikan tongkol 1kg.
  • Beras 1/2kg boleh dihidangkan untuk 8 orang.

ACAR JELATAH

Bahan-bahan

  1. 1 biji Timun batang
  2. 1 biji karot*
  3. Sedikit nanas*
  4. Cili besar dan bawang merah
  5. 1 sb gula
  6. 1 sk garam
  7. 3 sb cuka makan

Cara Masak:

  1. Potong memanjang bahan yang bertanda *
  2. Potong halus cili besar dan bawang merah
  3. Masukkan gula, garam dan cuka makan.
  4. Gaul sebati.

GULAI IKAN TONGKOL : (1KG)

Bahan-bahan

  1. Kisar bahan yang bertanda *
  2. Masukkan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bersama 3 sekawan.
  3. Masukkan cili boh/cili kisar
  4. Masukkan rempah yang sudah dibancuh. tumis sehingga pecah minyak
  5. Masukkan gula Melaka/nisan/gula.
  6. Masukkan santan kacau sehingga menggelegak.
  7. Masukkan asam keeping.
  8. Masukkan 3 sb air rebusan ikan.
  9. Lepas menggelegak dan sedikit pekat masukkan ikan tongkol yang direbus.
  10. Masukkan garam dan serbuk perasa
  11. Kacau sehingga kuah hampir pekat.
  12. Terakhir masukkan cili padi dan tutup api
  13. Pastikan rasa masam manis dan masin seimbang.

Cara Masak Gulai:

1kg ikan tongkol direbus dahulu dengan garam dan asam keping (sehari sebelum mengulai)

  1. 1 kg santan/ 1 biji kelapa
  2. 1 biji bawang merah besar* 
  3.  3 ulas bawang putih* 
  4.  2 inci halia* 
  5. 1 inci lengkuas* 
  6. Ketumbar * 
  7.  4 sb Cili boh/ cili kisar 
  8. Kayu manis, bunga lawang,buah pelaga serta rempah gulai nasi dagang BNDWT (sesuai untuk telur ayam dan udang) 
  9. 1 keping asam keping. 
  10. 1/2 sb nisan/gula Melaka/gula (secukup rasa) 
  11. 1 sk garam (secukup rasa) 
  12. Serbuk perasa (optional) 
  13. 15 biji cili padi (jangan buang tangkai)
Customer Service
Send via WhatsApp